'); Ayam Peri-Peri Air Fryer -

Tempahan penghantaran makanan boleh di buat di GRAB dan FOOD PANDA

Troli Anda

Troli anda kosong pada masa ini

Published 2025-06-21 15:08:57 by

Ayam Peri-Peri Air Fryer

Papa nak kongsi resipi Ayam Peri-Peri Air Fryer yang extra pedas ni. Resipi ni sesuai untuk 4 orang, atau seorang yang memang kuat makan.

Bahan-bahan:

• 4 ketul peha ayam tanpa tulang (atau mana-mana bahagian ayam yang korang suka)

• 3 sudu besar sos Peri-Peri (boleh beli di pasaraya atau buat sendiri kalau rajin)

• 2 sudu besar minyak zaitun

• 1 sudu teh serbuk cili (tambah lagi kalau korang berani)

• 1 sudu teh serbuk paprika

• 1 sudu teh serbuk bawang putih

• 1 sudu teh serbuk bawang

• Garam dan lada hitam secukup rasa

• Jus dari 1 biji lemon

 

Langkah-langkah:

1. Penyediaan Perapan:

• Dalam mangkuk besar, campurkan sos Peri-Peri, minyak zaitun, serbuk cili, serbuk paprika, serbuk bawang putih, serbuk bawang, garam, lada hitam, dan jus lemon.

• Kacau hingga sebati.

2. Perap Ayam Peri Peri:

• Masukkan ayam ke dalam mangkuk perapan.

• Pastikan setiap bahagian ayam disaluti perapan dengan baik. Baru la padu Ayam Peri Peri ni

• Tutup mangkuk dan biarkan dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 2 jam, atau semalaman kalau korang sabar.

3. Memasak Ayam Peri Peri dengan Air Fryer:

• Panaskan air fryer kepada 180°C.

• Susun ayam peri peri dalam bakul air fryer. Jangan terlalu sesak; biar ayam ada ruang untuk ‘bernafas’.

• Masak selama 20-25 minit, balikkan ayam peri peri  selepas 10 minit untuk memastikan kedua-dua belah masak sekata.

• Pastikan ayam peri peri  mencapai suhu dalaman 75°C untuk keselamatan makanan.

4. Hidangan:

• Keluarkan ayam peri peri  dari air fryer dan biarkan rehat selama 5 minit.

• Hidangkan dengan hirisan lemon, salad segar, atau kentang goreng.

 

Nota Papa:

• Kalau korang tak ada air fryer, boleh guna ketuhar. Panaskan kepada 200°C dan bakar ayam peri peri  selama 25-30 minit, balikkan separuh masa.

• Untuk tahap kepedasan yang lebih tinggi, tambah serbuk cili atau sos Peri-Peri ekstra. Tapi ingat, jangan salahkan Papa kalau berpeluh nanti!

• Pastikan ayam peri peri disusun dengan jarak yang cukup dalam air fryer untuk memastikan aliran udara yang baik dan masakan yang sekata.

 

Tapi !! kalau korang malas nak masak ..Jemput datang makan di restoran Chicken Royale.